Interview SPA as Medical Asisstant

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia sume. Hehe~ Terlepas suda saat-saat gementar apabila tepat jam 9.20pagi semalam :)

Semalam Putera menghadiri temuduga di Pejabat SPA, Putrajaya. Wallawei, bergerak dari rumah pukul 5.45pagi untuk pegi sana sebab Putera n family taktahu tempat tu kat area mana. Naseb baek, 7.45pagi sempat sampai kat pejabat SPA tu. Dalam pukul 8pagi, Putera menduduki peperiksaan bertulis yang mengandungi 227 soalan berkaitan minat dan personaliti. Is a bit alike with the MRSM intake test. Lepastu, aku siap dulu, aku hantar, dan turun la kat tempat temuduga tu. 

Sebelum masuk temuduga tu, aku pergila kat kaunter, daftarkan diri 
Dapat no 2001, macam no bertuah, ahaha. Masa tu pukul 8.47pagi. Sementara menunggu pukul 9pagi, Putera dudukla dekat dengan room B, bilik yang diberi. Dalam waktu itu, tangan jadi sejuk, badan habis menggeletar! Putera baca selawat je, relax sket. Alhamdulillah. 

Tepat jam 9pagi. Dingdong! No 2001, dipanggil masuk ke bilik B, Putera masuk dengan cara yang diajar di MRSM dulu, ketuk pintu 3 kali. *terimakasih guru-guru dan kaunselor MRSM Tun Abdul Razak*

Then, ternampak dua orang panel, muke tersenyum, Putera pun senyum jugak, lantas, meletakkan resume di hadapan mereka dan Putera dipersilakan duduk.
Berikut adalah perbualan antara kami bertiga:

P1: Awak ni "nama Putera" kan?
Putera: Ya tuan
P2: Sekarang ni awak belajar dekat Matrik Perak kan?
Putera: Ya tuan, "dalam hati, mana pakcik ni tau? aku tak pernah isi apa-apa detail tentang matrik perak lam borang, time tu, pakcik-pakcik tu pun tak bukak lagi resume"
P1: Awak tahu mana saya tahu? *sambil tersenyum
Putera: Saya taktahu tuan *sambil tersengih

P1: Awak anggap aje la saya ahli nujum *semua tergelak sebentar. haha :D
P2: Okay, kalau saya beri awak jawatan ini, perlu ke awak membayar balik duit yg diberi di matrikulasi
Putera: Saya rasa tak kot, sebab nama duit yang diberi adalah elaun sara diri bukan biasiswa (:
P2: Awak sekarang tahun berapa di matrik?
Putera: Saya matrik setahun je tuan, sekarang baru berada di sem 1, habis pengajian sem 2 tahun depan.
P1: Bagaimana pencapaian akademik awak di matrik?
Putera: Alhamdulillah, pointer saya 3.08.
P1: Awak ambil aliran apa? Sains hayat?
Putera: Tidak tuan, Sains Fizikal.
P2: Awak pernah jadi anggota PBSM?
Putera: Tidak tuan. 
P2: Habis sebelum ini persatuan apa?
Putera: Sewaktu saya lower form, saya ahli pengakap, sewaktu upper form, saya pancaragam
P2: Pancaragam? Awak Drum Major?
Putera: A'ah tuan, saya la tu.
P2: Awak main dengan besi tu, tak pernah jatuh ke?
Putera: Pernah juga la, masa awal-awal
P2: Habis apa awak buat?
Putera: Seluruh ahli stop kejap. Tunggu saya ambil besi tu
P2: Bukan dia ada cara dia ke nak ambil besi yang terjatuh tu? Guna hujung kaki kan?
Putera: A'ah, betulla tu tuan, kalau jatuh dekat la, kalau jauh kena kutip lah (:
P1: Jadi, awak pernah bertanding peringkat daerah atau negeri?
Putera: Untuk pengetahuan tuan, kami tak pernah menyertai pertandingan sebab, masa itu, kami first batch dan tidak sehebat sekolah-sekolah lain yang berpengalaman
P1 dan P2: Hanya mengangguk
Putera: Tersenyum
P2: Okay disini ada satu situasi, adaikan awak ada di sebelah nenek tua, tiba-tiba nenek tu sakit dada. Apa awak nak buat?
P1: "Lihat resume dan sijil2 Putera"
Putera: Saya tak tahu sangat tuan, saya rasa, kita baringkan dia atas tempat yang rata.
P2: Letak atas tanah?
Putera: Tak tak, maksud saya, letak atas sofa atau tilam. Lepas tu bagi minum air sbb taku ada benda yang tersekat
P2: Awak bagi dia minum air lagi la dia sakit. Haha
Putera: Maaf tuan, saya tak tahu (:
P1: Awak pernah nampak perkataan PROSTA di klinik-klinik dan hospital-hospital?
Putera: Maaf tuan, saya tak pernah nampak.
P2: Awak tahu penyakit apa yang nyamuk bawa?
Putera: Setahu saya, denggi dan malaria.
P2: Lagi?
Putera: Itu sahaja yang saya tahu tuan.
P1: Boleh awak jelaskan dekat saya bagaimana kerja MA ni?
Putera: Setahu saya dia terbahagi kepada 2, primer dan khusus, primer ni bla...bla...blaa.... dan khusus ni bla...blaa..blaa...
P1: Nyatakan Kolej-Kolej yang terlibat dalam pembelajaran awak untuk menjadi MA ini?
Putera: Alor Setar, Ulu Kinta, Seremban, dan Kuching
P1: Oh, okay, siapa nama Pengarah Kesihatan Malaysia
Putera: Dengan yakinnya, Yb Liew Tiong Lai
P1: Itu menteri la *sambil tergelak
Putera: Yb Rosmah? *aku hentam je. haha tak ingat
P2: Itu timbalan menteri dia. Awak ni, pakai hentam je
Putera: Maaf tuan, saya terlupa (:
P2: Apa beza HIV dan AIDS?
Putera: errrr... HIV ini merupakan peringkat awal dan AIDS ini merupakan susulan kepada HIV. HIV terjadi apabila sel-sel darah putih degenerate. Dan AIDS adalah apabila kandungan sel darah putih terlalu sedikit dan ini yang menyebabkan daya tahan badan lemah dan mudah dijangkiti penyakit. *ini aku hentam, berdasarkan bio form 5 dulu. haha, xingat
P1: Baiklah, itu sahaja sambil tersenyum.
Putera: Bangun sambil senyum mengambil resume, dan salam mereka, terus keluar dari bilik. HAHA.

Lepas keluar tu, terus Putera jumpa dengan parents Putera dekat luar, cite la sume ni. Dia bagitahu, saudara Putera ada mintak IC dengan nama penuh dan masa. Putera rasa saudara Putera yang tolong ni, sebab tula panel tu tau Putera dari matrik perak dan boleh pulak dia bernujum-nujum. Haha. Lepastu baru terasa lapar, sebab tak makan dari pagi. 

Yeah, settle! :D

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Cite la sampai habess..
sangkut tgah jln nehh..
nk tau ending :))
Aku Piee berkata…
hah? ending?
huhu... still a long journey.
nnti Putera smbg, sjk kebelakangan ni, Putera bz sket lor

Catatan popular daripada blog ini

Sorry! Peperiksaaan Semester Program Matrikulasi 1

The Journey of Unknown + Bypass Quota Broadband