Aku Di Sabah (Pt. 1)



Assalamualaikum gais.

Pada 21/1 - 26/1 tahun ni, aku dapat free seat to Sabah, dan aku telah berada di Sabah sepanjang tempoh tersebut. ThankYou AirAsia kerana bagi free seat kat aku ('muahmuah') haha.

Banyak jugak benda yang aku buat dekat sana, dan seriously, Sabah memang awesome! Cewek-cewek Sabah pon comel-comel. Serius bha. Jadi yang ni merupakan kali pertama aku naik flight, dan aku naik flight sorang-sorang dari Senai Airport, Johor. Hisham tinggalkan aku, dia pergi Sabah sehari awal.

Flight aku, tak silap, dalam pukul 6.30 berlepas, dan tiba di Kota Kinabalu dalam pukul 8.45malam. Sampai di sana, fuwah, ramainya cewek-cewek cun, nak berkenalan tapi tak reti nak masuk line. So, setakat hari yang pertama, teda apa-apa yang boleh dilakukan sebab hari dah malam kan. Kawan Hisham, dan Hisham menjemput aku, aku tidur di rumah si kawan Hisham tu, di Telipok yang terletak kira-kira 30minit dari Bandar Kota Kinabalu

Hari ke-2 (22/1/2013),
Aku diajak pergi ke majlis akikah keluarga tersebut, di Kg Melugus, Papar . Kawasan tu, actually, perkampungan Orang Laut. Well, yang ni part yang best. Orang Laut ni, ada yang matanya biru, muka mcm orang Melayu, terlupa nak bergambar dengan dorang. Huhu. Dorang menyembelih seekor kerbau yang agak besar, but, aku tengok je lah, tak berani. Hehe. So, below are some picture that I snapped during that occasion
Hisham tengah mengajar budak tu guna DSLR. Haha, Hebat, dan  Si Tinggi Lampai duduk diatas kerusi yang cute.

Antara peralatan yang digunakan oleh mereka untuk menyembelih kerbau ni

Scene kerbau ditarik untuk pergi ke lokasi yang cun untuk penyembelihan

Penyembelihan di tepi Sungai, mudah nak dapat bekalan air. Btw, kat atas tu actually, jambatan, tapi tak tahu boleh guna ke tak, aku tak berani naek situ. :)


Scene kerbau dijatuhkan oleh para-para proffessional 


Tadaa, siap :)

Masyarakat Orang Laut ni memang peramah, tapi aku yang first time datang Sabah ni, diam je la, sebab kadang-kadang aku tak faham apa yang mereka cakap, hanya mampu tersenyum. 
Buat keluarga-keluarga yang telah memberi layanan yang baik kepada saya, dan Hisham, terima kasih sangat-sangat. Anda benar-benar buat saya jatuh cinta dengan Sabah :)

 So, thats all, for the first part. Will be continued. Thank you for your time :3 . Assalamualaikum..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sorry! Peperiksaaan Semester Program Matrikulasi 1

The Journey of Unknown + Bypass Quota Broadband

Si Strawberry Ep2: Pengenalan