Si Strawberry Ep2: Pengenalan

Buah cempedak di atas pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Sudah lama aku mengejar,
Ku sedar ia hanya impian bukan kenyataan


Sang rembulan menyinar indah,
Bintang bekerlipan tika malam,
Mata si Strawberry berkilau sudah,
Menyerikan hidup jejaka yang suram. 


Link For Previous Episode
Ep1 :Prolouge <


Tika senyumannya terpancar dari wajahnya, aku terpana seketika. Hidup aku mulai berubah dengan secara tiba-tiba. Saat itu, aku mencuba sedaya-upayaku untuk mendapatkan identiti si Strawberry ini. Atas kelebihan yang ada, ilmu penggodaman yang aku belajari dari kumpulan-kumpulan hacker Malaysia di Facebook, aku mendapatkan identiti si Strawberry ini dalam database matrikulasi ini. Aku sedar tidakanku itu salah, namun apakan daya, saat diri tertusuk oleh panahan wanita, pemikiran menjadi tunggang langgang.


Lantas, aku mendapat identiti si Strawberry ini dari database pelajar-pelajar matrik ini. Aku mula berkeinginan menyapa si Strawberry namun, aku tidak berkeyakinan. Lantas, aku hanya mampu terdiam dan terkedu, hanya mampu memerhatikan dari jauh. Lantas, dari masa ke semasa, baru ku sedari identiti yang aku peroleh itu salah sama sekali. "Weh, yang tu sapa nama dia ah?"aku bertanyakan kepada rakannya sambil menunding jari kepada si Strawberry. Lantas dia memberitahuku. Aku hanya tersenyum, tersipu-sipu, namun dia langsung tidak memahami dan memikirkan apa-apa daripada ayatku itu. Alhamdulillah! ku bersyukur kepada Ilahi. 


Hari demi hari, aku mula berkeyakinan, lantas ku menyapa si Strawberry. Dia menyahut. Baru ku sedari, dia yang selama ini aku anggap sebagai seorang yang pendiam adalah seorang yang peramah. Kadang-kadang, selepas mata bertentang mata, aku selalu terbuai dek pancaran matanya yang berkilau. 


~Dari mata jatuh ke hati~
Aku mula membongkar biodata si Strawberry secara senyap-senyap.


Seterusnya
Si Strawberry Ep3 : Realiti

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sorry! Peperiksaaan Semester Program Matrikulasi 1

The Journey of Unknown + Bypass Quota Broadband