Perubahan Kehidupan

Assalamualaikum w.b.t kepada semua readers sekalian,


Satu tajuk yang saya nak sentuh ialah PERUBAHAN. Perubahan ini boleh ditafsirkan dalam pelbagai maksud. Daripada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, korang pi tengok sendiri. Apa yang Putera nak habaq ni, dalam kehidupan kita mesti ada satu titik perubahan, dari baik kepada yang buruk dan malanglah bagi mereka yang sebaliknya. 


Dalam konteks Islam juga, Hijrah juga boleh diertikan hampir sama maksud dengan perubahan. Penghijrahan untuk membentuk tamadun yang lebih tinggi daya pemikiran dan sosialisasi masyarakat Arab Jahiliyyah ketika itu. *Masuk sejarah sikit sebab Putera memang minat Sejarah waktu SPM dulu-dulu* . Jadi, apa yang Putera nak ceritakan sekarang ialah Penghijrahan sifat atau sikap kita. 


Sinonim dengan Maal Hijrah yang baru berlalu pada hari Sabtu lepas, kita sepatutnya bermuhasabah diri agar dapat menghijrahkan diri kita ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya. Pensyarah Praktikal Fizik saya, En Ramli, pun pernah memberi contoh yang bagus kepada rakan sekelas Putera. Tapi itu adalah dari aspek pengurusan diri. Jikalau pada hari ini, kita bangun pada pukul 6.30pg, hari esk, kita harus bgn awal seperti jam 6.00pg.


Tapi Putera nak ceritakan sendiri apa yang Putera azamkan pada tahun baru ini dan penghijrahan apa yang Putera ingin lakukan *dengan izin Allah Azza Wa Jalla* .
1. Mendalami ilmu Agama untuk mendekatkan diri kepada-Nya,
2. Lebih fokus dalam pembelajaran.
3. Menjauhi benda-benda lagha *lagha-benda yang melalaikan*
4. Mendekati ahli keluarga.



Jadi, seharusnya kita memperbetulkan balik, hala tuju dan tujuan kita hidup di dunia ini, adalah untuk mencari keredhaan-Nya. Posting kali ini berbentuk akidah kerana saya telah disuntik oleh seorang rakan lama saya agar berpaksi kepada agama Islam ku.


*sebarang kesilapan fakta, sila maklumkan kerana saya tidaklah semuanya betul
**posting kali ini bukanlah bermaksud POYO atau menunjuk-nunjuk, ini adalah kerana kita hidup adalah sebagai khalifah, dan tanggungjawab kita, nasihat menasihati antara satu sama lain.
***sebarang keterkecilan hati kepada orang-orang disekeliling saya, harap maaf, saya ingin berubah. Harap-harap dapat berubah .


Sekian. Assalamualaikum w.b.t

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Bagus Encik Putera.. teruskan usaha anda.. saye sentiasa menyokong anda dari jauhh.. Saye pn sentiasa harap saye dpt buat perubahan terhadap diri saya..setiap hari.. n everything based on the Redha of Allah. that's good :)

Catatan popular daripada blog ini

Sorry! Peperiksaaan Semester Program Matrikulasi 1

The Journey of Unknown + Bypass Quota Broadband

Si Strawberry Ep2: Pengenalan